Saturday

Cara Mencegah Jerawat


Cara Mencegah Jerawat

Setiap wanita amat mementingkan kecantikan wajah.Dari itu, lebih baik mencegah daripada mengubati. Ini juga termasuk mencegah timbulnya jerawat. Jerawat yang terdapat di wajah menjadikan penampilan wanita kurang menarik. Selain itu, bekas jerawat akan meninggalkan kesan di wajah.

Selain dari mengubati jerawat yang ada, perlu juga dilakukan langkah-langkah pencegahan agar jerawat yang menjengkelkan tidak membataskan kecantikan seseorang wanita.. Cuba amalkan mencuci muka dengan sabun susu beras bagi mencegah timbulnya jerawat di samping menjadikan kulit semakin sihat dan cerah yang akan menyerlahkan kecantikan wanita.

Membersihkan wajah perlu dilakukan setiap hari. Kotoran yang melekat di wajah dapat menyumbat pori-pori. Wajah yang kurang bersih akan menyebabkan muka ditumbuhi jerawat dan menjadikan penampilan wanita kurang menarik. Agar wajah sentiasa menawan, cucilah dengan sabun susu beras Aljo.

Sabun Susu Beras Aljo dihasilkan 100% dari bahan semula jadi. Produk sabun susu beras ini bukan sahaja boleh digunakan untuk kecantikan wanita tetapi juga penjagaan kulit lelaki. Mereka yang menggunakannya akan berasa segar sepanjang hari dan badan tidak melekit walaupun berpeluh sekaligus mengatasi masalah bau badan yang sering dialami oleh mereka yang bekerja di luar pejabat.

Berikut disediakan beberapa tips efektif untuk anda yang bimbang dengan masalah jerawat

* Bersihkan wajah sehari sekurang-kurangnya dua kali dengan sabun susu beras Aljo.Sabun susu beras Aljo tidak mengandungi bahan kimia atau wangian.

* Elakkan dari selalu menyentuh wajah terutama apabila tangan anda kotor. Bila kulit wajah yang sangat sensitif terkena kotoran atau kuman dari luar, jerawat akan mudah timbul.

* Ketika anda sedang berjerawat, jangan menyentuh atau memicit jerawat. Ini boleh meninggalkan bekas di wajah anda.

* Lakukan pembersihan wajah dengan wap atau air hangat setiap seminggu atau dua minggu sekali. Hal ini baik untuk membuka pori-pori dan mengangkat kotoran yang tersisa di wajah.

* Mencegah jerawat tidak hanya dilakukan dari luar saja. Walaupun anda rajin membersihkan wajah setiap hari, tetapi jika tidak melakukan perawatan dari dalam akan menjadi sia-sia. Makanlah makanan yang berkhasiat dan bervitamin serta mengandungi banyak serat seperti, sayur-sayuran dan juga buah-buahan untuk menjaga kulit agar sentiasa sihat.Hindari makanan yang mengandung kafein serta makanan yang masin.

* Elakkan makanan yang dapat menimbulkan jerawat.

* Munculnya jerawat tidak hanya dari makanan ataupun kurangnya perawatan untuk wajah. Bila anda merasa stress, maka hormon yang dikeluarkan dari tubuh juga dapat menjadi penyebab timbulnya jerawat. Hindari stress, untuk mencegah timbulnya jerawat.

http://susuberas.blogspot.com

Penyebab Jerawat - Causes Of Acne

1. Hormones. Hormones is the number one cause of acne which is the production of sex hormones known as androgen that starts at puberty. This perfectly explains why the majority of acne sufferers are adolescents. Hormones is the main player for acne flare-ups during the times of menstruation and pregnancy.

2. Birth Control Pills. Beginning to take or stopping birth control pills may cause acne.

3. When the sebaceous gland gets turned on by androgens, it manufactures additional sebum. In its travel up the follicle toward the surface, the sebum conmingles with dead skin cells and skin bacteria that have been cast from the follicle's lining. This process is absolutely normal, but the presence of more sebum in the follicle raises the probability of clogging to occur, and which then causes acne.


4. Stress. In certain tense circumstances, stress may cause the production of hormones like cortisol, which can worsen an acne condition. Stress puts into affect different hormone levels. When these hormone levels change the body commands the skins oil glands to expand, and which then secrete extra oil. This chain of "events" causes black heads, white heads, and pimples.

5. Oily or Heavy Make Up. Heavy make-up has the ability to clog pores, while oily make-ups add additional oil; these things only contribute to the problem if oily skin is already present. Cosmetics to avoid are certain moisturizers, pomades, particularly the ones carrying petrolatum, oleic acid, vegetable oils, lanolin, butyl stearate, and lauryl alcohol.


6. Other drugs such lithium is known to cause acne.

7. Cosmetics. Greasy cosmetics can change the cells of the follicles and make them stick together; this produces a plug.

8. Too High a Dosage of Vitamins. Vitamins are good for a healthy body, but taking an excess of vitamins B1, B6 and B12 may cause acne flare-ups. These vitamins are great for healthy-looking skin, but avoid overuse.

9. Diet. A diet that is high in refined carbohydrates and sugars can actually worsen an acne condition for some people.

10. Over Abrasive Cleansing. Harsh exfoliators could in fact harm your skin and spread infections.

11. Picking and Squeezing. These hard to resist actions can send the infection deeper into the skin and cause scarring to occur.

12. Environmental factors like High Humidity and Pollution. High humidity causes the skin to swell. Pollution is bad not only for skin but for your overall health.


13. Genes. Family members can be acne sufferers. In this case, acne is inherited. For example, cystic acne generally comes from heredity. "

acneway.com

Friday

Tips Kesihatan - Kebaikan Sayur-sayuran




Jika diberi pilihan antara makan sayur dan minum jus sayur, pasti ramai memilih minuman kerana rasanya yang lebih enak dengan mencampurkan sedikit gula atau perahan buah-buahan seperti limau.

Bukan mudah memujuk kanak-kanak untuk makan sayur. Lidah mereka seolah-olah sangat sensitif pada rasa sayur-sayuran. Ada kanak-kanak meluahkan makanan hanya kerana kehadiran cebisan kecil sayur yang dianggap sebagai ‘benda asing’.

Soal kanak-kanak tidak suka makan sayur adalah perkara biasa, tetapi perkara sama juga berlaku pada ramai orang dewasa.

Orang dewasa juga ada banyak kerenah apabila disuruh makan sayur. Ada yang merasakan kebanyakan sayur terasa pahit dan ada pula tidak makan sayur berdaun hijau tetapi tetap mahu ia dimasukkan ke dalam makanan (seperti sawi di dalam mee atau nasi goreng) sekadar untuk mendapat ‘rasanya’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan.


Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.

Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).

Beberapa kajian mendapati jus buah membantu melindungi daripada kanser melalui mekanisme pengurangan kerosakan oksidatif akibat tindakan radikal bebas.


Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan jus buah mampu merendahkan risiko penyakit jantung dan Alzheimer. Untuk mendapatkan kesan perlindungan ini, kita perlu minum jus buah atau sayur yang 100 peratus asli iaitu sama seperti memakan sayur atau buah itu.

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui jus asli daripada berpuluh jenama di pasaran? Menurut Timbalan Presiden merangkap perunding nutrisi PepsiCo International, Dr Dondeena Bradley, pilih jenama yang menawarkan 100 peratus jus buah; yang mungkin hanya ditambah sedikit air dan tidak mengandungi gula tambahan.

Katanya, sebelum membeli, baca labelnya dulu. Pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi.

Bagaimana hendak membezakan jus buah asli dengan lain-lain jus buah? Dalam soal ini, anda perlu lihat perkataan yang tertera pada botol, sama ada minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau minuman buah-buahan (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah.

“Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Malah, kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

“Segelas jus buah (240 mililiter) membekalkan cukup vitamin C dan kalium (potassium) harian dan kaya dengan folat serta fitonutrien. Ia juga bersamaan dua hidangan sayur atau buah,” katanya sempena pelancaran Jus Oren 100 Peratus Tropicana.

Jus oren tulen mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, terutama kandungan antioksidan, vitamin dan garam galian yang membantu badan melalui pelbagai cara iaitu:

# Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

# Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

# Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

# Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.

Manfaat jus oren tulen

Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.



Tips Kecantikan Wanita - Tips Merawat Kuku

Kuku merupakan bagian yang sepele tapi merupakan bagian yang menjadi faktor penampilan seseorang. Biasanya yang sering menjaga dan merawat kuku adalah wanita. Hal ini disebabkan wanita memiliki sifat yang menjaga kebersihan, baik itu kulit ataupun kuku. Makanya tak jarang para wanita mempunyai kuku yang bersih dan sehat.

Sebenarnya banyak cara sederhana yang dapat kita lakukan sendiri tanpa harus pergi ke salon untuk melakukan manicure. Umumnya wanita tak ingin repot-repot makanya mereka selalu pergi ke salon walaupun merogoh kocek yang dalam sekalipun. Untuk mendapatkan kuku yang sehat dan indah harus mengkonsumsi makanan yang bergizi dan mengandung unsur – unsur vitamin, mineral dan nutrisi.

Cat kuku
Apabila anda termasuk yang sering menggunakan cat kuku, pastikan untuk menghapus cat kuku tersebut paling sedikit satu kali dalam seminggu. Anda dapat menggunakan kapas yang sudah diteteskan dengan cairan pembersih kuku tersebut, lalu Tekan kuku anda dan gerakan kapas mulai dari pangkal sampai ujung kuku.

Air Garam
 Merendam kaki atau tangan kita ke dalam air hangat yang sudah di beri garam, selain dapat membuat relaks juga dapat menghilangkan bau yang tidak sedap. Cukup rendam selama 10 menit saja. Setelah itu gosok secara perlahan kuku anda. Terakhir oleskan pelembab pada bagian kuku yang telah dipotong atau dibersihkan. Anda dapat memberikan vitamin kuku yang tersedia di toko kosmetik.

Perawatan
Perawatan disini bukanya untuk pergi ke salon, melainkan perawatan yang dapat kita jalani sendiri. Seperti jika kuku-kuku sudah memenjang sebaiknya segera dipotong dengan alat potong kuku. Dan untuk yang ingin memanjangkan kukunya, sebaiknya anda hati-hati dalam keseharian anda. Jangan gunakan kuku yang panjang tersebut untuk mencongkel atau menggaruk. Jika kuku tersebut kotor, sebaiknya segera bersihkan kotoran yang ada pada kuku anda. Anda juga bisa menggunakan bawang putih lalu di gosok-gosokkan pada kuku anda agar tetap putih sehat.  

 Makanan
Tidak hanya bagian tubuh yang lain saja yang membutuhkan makanan. Sebab kuku juga membutuhkan gizi seperti vitamin, mineral dan nutrisi. Biasakan untuk makan buah-buahan dalam keseharian anda untuk mncukupi kebutuhan gizi kuku anda. Jangan lupa juga minum sedikitnya air mineral minimal 8 liter sehari.

Tips Unik Mempercantik Kuku 

Kuku adalah bagian kecil dari tubuh manusia, meskipun keberadaanya kecil tapi peranannya sangat besar. Bagi kaum wanita kuku yang cantik dan indah adalah hal yang sangat didambakan, karena dengan mempunyai kuku yang cantik seorang wanita akan lebih terlihat anggun dan mempesona. Seorang wanita bukan hanya butuh perawatan muka saja melainkan juga butuh perawatan kuku.

Berikut ini ada beberapa macam cara untuk mempercantik. Untuk mempercantik kuku wanita sangat teliti dan memperhatikan betul bagaimana caranya agar terlihat cantik dan menarik, mungkin mereka pergi kesalon kecantikan atau semacamnya, tetapi kami akan memberikan tips bagaimana cara memeprcantik kuku anda dengan sangat mudah dan singkat.

Kekuatan dan kelembapan kuku
Kuku setiap orang mungkin berbeda. Ada yang memiliki kuku yang kuat tetapi ada pula kuku yang rapuh dan mudah patah. Kuku akan semakin rapuh apabila sering terkena sabun, detergen, atau sering berada di dalam ruangan AC. Untuk mengatasi masalah ini, oleskan pelembab pada kuku Anda agar kuku menjadi lebih kuat.  

Membersihkan kuku
Kuku yang cantik tentu harus bersih. Untuk membersihkan kuku, dapat dilakukan dengan merendam kuku dalam air hangat yang dicampur dengan perasan air jeruk nipis. Rendam tangan atau kaki selama kurang lebih 15 menit. Air hangar dapat membuat kulit di sekitar kuku menjadi lunak sehingga mudah untuk dibersihkan, khususnya pada daerah pinggir kuku yang sering dimasuki kotoran.

Potong kuku
Jangan biarkan kuku dalam ukuran yang terlalu panjang. Kuku yang terlalu panjang terkesan tidak terawat dan tidak rapi. Kuku yang panjang juga memudahkan masuknya kotoran dan kuman-kuman penyakit yang bisa saja masuk ke dalam tubuh pada saat kita makan. Tetapi, jangan pula memotong kuku terlalu pendek yang dapat menyebabkan luka.

Pilih gunting kuku yang tajam agar tidak perlu berulang-ulang memotongnya. Jangan tarik kuku jika belum terpotong sempurna. Menarik kuku dapat melukai jari dan jari yang terluka memudahkan kuman penyakit masuk ke dalamnya. Biarkan gunting kuku yang menyelesaikan tugasnya sampai kuku benar-benar terpotong.  

Jangan lakukan pekerjaan keras dengan kuku
Menggosok benda keras menggunakan kuku atau membuka benda-benda keras menggunakan kuku selain dapat merusak kuku juga dapat menyebabkan luka pada daerah sekitar kuku. Sebaiknya gunakan benda-benda lain yang sesuai pada saat melakukan perkerjaan-pekerjaan berat ini.

Mencuci pakaian, mencuci piring atau memeras kain pel, dan terlalu sering terkena air panas mungkin dapat merusak kuku Anda karena terkena sabun dalam melakukan kegiatan tersebut. Jika memungkinkan, pakailah sarung tangan ketika melakukan kegiatan ini.

Stop kebiasaan merusak
Kebiasaan mengorek kuku dengan kuku lain atau menggigit kuku merupakan kebiasaan yang dapat merusak penampilan kuku. Mengorek kuku dapat menyebabkan luka pada ujung jari sehingga merusak penampilan. Sedangkan menggigit kuku dapat menyebabkan sakit perut akibat kuman-kuman penyakit yang ada pada kuku masuk ke dalam mulut.  

Perkuat dan percantik kuku dari dalam
Salah satu cara mudah untuk memperindah dan menguatkan kuku dari dalam adalah dengan memperbanyak minum air putih. Konsumsi air putih membantu agar kuku tidak kering. Sedangkan untuk memperkuat kuku dapat dilakukan dengan mengkonsumsi makanan yang mengandung kalsium atau dengan meminum susu.  

Gunakan pewarna kuku dan penghapusnya dengan seimbang
Salah satu cara mempercantik kuku adalah dengan menggunakan pewarna kuku. Ini memang akan membuat kuku terlihat cantik dan menarik. Tetapi, menggunakan pewarna kuku atau kuteks terlalu lama dapat membuat warna kuku berubah menjadi kekuningan.

Begitu juga jika Anda terlalu sering menggunkan cairan penghapus kuku atau nail polish remover akan menghilangkan warna kuku asli kuku yang mengkilap dan membuat kuku menjadi kering. Untuk mencegah hal ini, sebaiknya tidak setiap saat menggunakan kuteks. Biarkan selama beberapa waktu kuku beristirahat dengan tidak diwarnai.

Ketika akan menghapus pewarna kuku, gunakan kapas yang telah dibasahi nail polish remover digunakan tidak dengan cara digosok-gosokan pada kuku, tetapi cukup dengan diusapkan sekali atau dua kali. Semakin sedikit menggosok dapat mencegah warna kusam pada kuku.

tipsku.info

Tips Kecantikan Wanita - Mata

Tips Kecantikan Mata


Jika Anda merasa tidak puas dengan bentuk mata yang Anda miliki, janganlah berkecil hati karena Anda dapat melakukan teknik berikut agar mata tetap terlihat indah. Tips kecantikan berikut ini memberi panduan bagi Anda yang ingin mempercantik penampilan Anda sesuai dengan bentuk mata Anda.

Tips Kecantikan: Mata Sepet
Biasanya dimiliki oleh orang keturunan tionghoa atau oriental. Teknik yang dapat digunakan adalah: Bila mata sipit dan tidak memiliki lipatan atau kelopak mata, gunakan scotch tape. Caranya adalah gunting sebesar 2-3 mm, bentuk menjadi seperti bulan sabit dan tempelkan di atas garis samar kelopak mata. Ini akan membentuk lipatan atau kelopak mata.

Saat menggunakan eyeliner, jangan membuat garis terlalu panjang sampai melewati sudut mata luar yang akan membuat mata terlihat segaris. Gunakan riasan smoked eyes dengan menggunakan eyeshadow yang berwarna agak gelap seperti coklat tua, biru tua, ungu tua, hijau tua atau abu-abu tua. Bila Anda ingin menggunakan bulu mata palsu, hindari bulu mata yang terlalu besar dan tebal karena akan terlihat tidak alami. Pilihlah bulu mata berdiameter setengah atau bulu mata satuan. Gunakan maskara agak tebal agar memberi kesan mata bulat.

Tips Kecantikan: Mata Besar
Teknik rias mata untuk Anda yang bermata besar adalah: Kebalikan dari mata sipit, Anda dapat menggambar garis memanjang dengan menggunakan eyeliner sampai melewati sudut bulu mata. Hindari eyeshadow berwarna gelap. Sebaliknya gunakan eyeshadow berwarna silver atau warna terang lainnya.

Tips Kecantikan:Mata Berkantung
Mata akan terlihat sembab, bengkak atau berkantung pada bagian bawah karena kurang tidur atau terlalu lelah. Untuk kantung mata atau mata sembab, maka dapat menggunakan teknik rias mata berikut untuk meperbaiki penampilan: Setelah menggunakan alas bedak, Anda dapat menutupi kantung mata dengan menggunakan concealer. Perlu diingat, agar tidak terlalu tebal menggunakan concealer untuk menutupi kantung mata karena akan menimbulkan tumpukan dan kerutan yang tidak alami. Pilih concealer yang warnanya mendekati warna alas bedak agar terlihat alami.

Gunakan bedak tabur untuk meratakan warna pada daerah bawah mata. Pilih eyeliner dengan warna yang tidak terlalu gelap agar area mata tidak terlihat semakin gelap. Warna coklat tua cocok digunakan, baurkan secara alami pada mata.

Tips Kecantikan: Mata Berjauhan 
Letak mata yang berjauhan dapat diperbaiki dengan menggunakan teknik berikut: Buat shading yang memberi kesan untuk mendekatkan mata. Perpanjang pangkal alis sehingga mata terlihat lebih dekat. Hindari menggunakan eyeshadow dengan warna terang pada sudut mata bagian dalam.

Tips Kecantikan: Bentuk Mata Berbeda Bentuk antara mata kanan dan mata kiri umumnya memang tidak sama, tetapi bila perbedaan terlihat cukup jelas akan mengganggu penampilan. Untuk mengoreksi bentuk mata Anda dapat melakukan tips berikut ini: Gunakan bulu mata palsu. Caranya adalah dengan menggunakan sesuai bentuk mata untuk mata yang lebih bagus.

Sedangkan untuk mata lainnya, pasang bulu mata pada bagian sudut luar mata pada posisi lebih tinggi. Buat garis sudut luar mata dengan menggunakan eyeliner lebih tebal. Usapkan maskara agak tebal pada sudut luar mata yang ingin dikoreksi.


Tips Kecantikan: Mata Turun 
Karena pengaruh usia atau faktor genetik, mata seseorang dapat kelihatan turun sehingga terlihat kurang mempesona.

Untuk mengatasi masalah ini, Anda dapat melakukan hal berikut: Gunakan scotch tape pada kelopak mata. Pilih eyeliner warna hitam dan pakai lebih tebal pada sudut luar mata bagian atas maupun bawah. Baurkan eyeshadow warna gelap agar mata terlihat lebih besar. Gunakan eyeshadow dengan cara ditarik mulai dari 1/3 sudut luar kelopak ke arah atas hingga membentuk sudut 90 derajat. Dengan beberapa teknik rias mata, Anda dapat membuat mata Anda semakin cantik. Kini, Anda dapat tampil lebih menarik dengan riasan mata yang sempurna.


Tips Kecantikan : Penjagaan Mata

Inginkan mata yang sihat dan bersinar??? Jom lihat tips penjagaan dan rawatan mata secara ringkas. Timbulnya gegelang hitam pada bawah mata menyebabkan wanita tidak berasa yakin untuk keluar dari rumah. Malah ia menampakkan raut wajah yang pucat lesu dan tidak bertenaga. Justeru itu mata adalah asset penting yang mempengaruhi perjalanan aktiviti seharian kita.

BULATAN HITAM BAWAH MATA Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA Lembapkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, masukkan uncang teh tadi ke dalam peti ais untuk disejukkan. Kemudian, letakkan uncang teh sejuk ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

Thursday

Tips Kesihatan - Khasiat Teh

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser.

Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.

Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol.

Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.
Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :

* Membantu membakar lemak

Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
* Melindungi daripada hepatitis

Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
* Melindungi daripada diabetes

Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
* Mencegah keracunan makanan


Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.

* Menurunkan tekanan darah

Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Bahaya Teh

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.


http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp

Tips Kesihatan - Kebaikan Susu Kambing

Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing:

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

- Penyakit demam kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja



Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
-Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

http://tipskecantikandankesehatan.blogspot.com

Tips Kesihatan – 8 Kelebihan Bawang Putih

Kelebihan Bawang Putih


1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Anti-inflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.

6 Tips Kesihatan Yang Pelik Tapi Berkesan

Pasti anda juga mempunyai pelbagai tips atau lebih mesra dipanggil petua mengenai kesihatan yang agak pelik tetapi ia berhasil. Mungkin sesetengah tips atau petua itu sebenarnya adalah lebih baik daripada menggunakan perubatan moden. Antara 6 tips kesihatan yang pelik adalah..

1. Demam panas
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais dibawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.

2. Gemuruh
Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada didalam sesuatu situasi, tips terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.

3.Mengelak luka daripada jangkitan kuman
Mungkin didalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tips terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan.

4. Menghentikan pendarahan
Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.

5.Masalah sakit belakang
Sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang, perkara utama yang perlu anda periksa adalah kaki. Apabila kaki sebelah pendek walaupun sedikit, ia mungkin penyebab utama anda menghadapi sakit belakang. Ini keranan kaki yang sebelah pendek akan memberikan tekanan pada bahagian belakang badan untuk mengimbangi badan.

6.Ketagihan rokok
Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan rokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.

Tips Kesihatan - Elakkan Tidur Lewat

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:

1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak mengambil sarapan.
5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.


Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.


Bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar muzik. Jika seorang suri rumah di waktu ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat.

Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.