Bahaya Pemutih Yang Mengandungi Merkuri
Mengapa
bahan pemutih yang menggunakan merkuri dianggap kurang baik kesannya
pada wajah? Merkuri inorganik dalam krim pemutih boleh mendatangkan
kesan kepada wajah apabila menggunakannya terlalu lama.
Lebih buruk lagi
kesan ini tidak terlihat di wajah semata-mata, ia kadangkala memberi
impak pada masalah dalaman lain seperti gangguan sistem saraf, seperti
tremor, insomnia, gangguan penglihatan, gerakan tangan abnormal,
gangguan emosi malahan membawa masalah kepada ginjal.
Hal ini
terjadi kerana tindak balas merkuri melalui penyerapan pada kulit yang
seterusnya diserap melalui darah. Jadi sebelum membeli atau menggunakan
krim pemutih, pastikan dahulu yang kandungan merkurinya masih lagi dalam
jumlah yang terkawal dan dibenarkan.
Lebih baik lagi, elakkan sahaja krim-krim pemutih yang mengandungi
merkuri.