Thursday

6 Tips Kesihatan Yang Pelik Tapi Berkesan

Pasti anda juga mempunyai pelbagai tips atau lebih mesra dipanggil petua mengenai kesihatan yang agak pelik tetapi ia berhasil. Mungkin sesetengah tips atau petua itu sebenarnya adalah lebih baik daripada menggunakan perubatan moden. Antara 6 tips kesihatan yang pelik adalah..

1. Demam panas
Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais dibawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.

2. Gemuruh
Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada didalam sesuatu situasi, tips terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.

3.Mengelak luka daripada jangkitan kuman
Mungkin didalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tips terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan.

4. Menghentikan pendarahan
Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.

5.Masalah sakit belakang
Sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang, perkara utama yang perlu anda periksa adalah kaki. Apabila kaki sebelah pendek walaupun sedikit, ia mungkin penyebab utama anda menghadapi sakit belakang. Ini keranan kaki yang sebelah pendek akan memberikan tekanan pada bahagian belakang badan untuk mengimbangi badan.

6.Ketagihan rokok
Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan rokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.