Sunday

Tips Kecantikan Wanita - Penjagaan Mata

Inginkan mata yang sihat dan bersinar??? Jom lihat tips penjagaan dan rawatan mata secara ringkas. Timbulnya gegelang hitam pada bawah mata menyebabkan wanita tidak berasa yakin untuk keluar dari rumah. Malah ia menampakkan raut wajah yang pucat lesu dan tidak bertenaga. Justeru itu mata adalah asset penting yang mempengaruhi perjalanan aktiviti seharian kita.

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA 

Lembapkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, masukkan uncang teh tadi ke dalam peti ais untuk disejukkan. Kemudian, letakkan uncang teh sejuk ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.