Monday

Tips Kesihatan- Khasiat Asam Jawa

Khasiat Asam Jawa

Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana kerja-kerja dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping masak-memasak. Jika anda ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan merasa kecewa.

Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramas-ramaskanlah hampas asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang.

Asam jawa ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah kaki hitam dan berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.